Sumbangan Abu Musa Jabir bin Hayyan

Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang kimia. Beliau memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang alkimia yang mengubah dalam bentuk yang lebih moden lagi.

Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad tetapi kemasyhurannya diabadikan pada 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia. Karyanya yang paling masyhur dan berpengaruh ialah Kitab al-Kimya (Bahasa Arab: كتاب الكيمياء‎).

Beliau juga telah menemukan zat galian dan asid lain yang disediakan bagi alembicnya (al-anbiq) yang pertama.Alembic merupakan salah satu ciptaannya yang teragung yang menjadikan proses penyulingan lebih mudah serta bersistematik.

Sumbangan beliau yang lain ialah seperti pengkristalan penyulingan, pengoksidaan serta pelbagai teknik lain dalam bidang kimia.